Sebahagian
besar calon menganggap Kertas 2 mudah berbanding Kertas 1. Pada
dasarnya tanggapan itu benar tetapi perlu diingat ia banyak mempengaruhi
kedudukan gred keseluruhan bagi subjek Matematik.
Jika kurang mahir menjawab Kertas 2, besar kemungkinan calon akan melakukan kesilapan sewaktu memberikan jawapan.
Ramai
calon gagal mentafsir kehendak soalan terutama bagi jenis penyelesaian
masalah. Malah, ada yang tidak dapat menukar masalah dikemukakan dalam
soalan ke bentuk ayat matematik.
Contoh:
50
biji kek diberikan kepada Lucy dan Aina. Aina mendapat 10 biji
lebih daripada Lucy.Berapakah bilangan kek yang Lucy dapat?
Calon kerap menulis ayat matematik seperti berikut:
50 ÷ 2 - 10 =
Langkah menjawab: 25 25 - 10 = 15
-------
2 ) 50
- 4
----
10
- 10
---
Jawapan yang diberikan adalah SALAH.
Langkah yang betul adalah seperti berikut:
( 50 - 10 ) ÷ 2 =
50 - 10 = 40 40
---- = 20
2
Maka, Aina 30 dan Lucy 20
Jawapan: 20
Bagi
soalan bentuk persamaan atau terus pula, calon gagal menguasai konsep
pengiraan sebahagiannya memerlukan beberapa langkah pengiraan sebelum
memperoleh jawapan.
No comments:
Post a Comment