Wednesday, 10 October 2012

Mari Belajar Math ini...

Mari Kita Semua Belajar Mathematics Kertas 2...
Sebahagian besar calon menganggap Kertas 2 mudah berbanding Kertas 1. Pada dasarnya tanggapan itu benar tetapi perlu diingat ia banyak mempengaruhi kedudukan gred keseluruhan bagi subjek Matematik.

Jika kurang mahir menjawab Kertas 2, besar kemungkinan calon akan melakukan kesilapan sewaktu memberikan jawapan.

Ramai calon gagal mentafsir kehendak soalan terutama bagi jenis penyelesaian masalah. Malah, ada yang tidak dapat menukar masalah dikemukakan dalam soalan ke bentuk ayat matematik.

Contoh:


50 biji kek diberikan kepada Lucy dan Aina. Aina mendapat 10 biji lebih daripada Lucy.Berapakah bilangan kek yang Lucy dapat?

Calon kerap menulis ayat matematik seperti berikut:

50 ÷ 2 - 10 =

Langkah menjawab: 25 25 - 10 = 15

-------

2 ) 50

- 4

----

10

- 10

---

Jawapan yang diberikan adalah SALAH.

Langkah yang betul adalah seperti berikut:

( 50 - 10 ) ÷ 2 =

50 - 10 = 40 40

---- = 20

2

Maka,  Aina 30 dan Lucy 20

Jawapan: 20

Bagi soalan bentuk persamaan atau terus pula, calon gagal menguasai konsep pengiraan sebahagiannya memerlukan beberapa langkah pengiraan sebelum memperoleh jawapan.